* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 7 Julai 2011

Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Pendidikan Moral (Rendah) akan menganjurkan pertandingan tersebut seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SJKC Jemaluang
Acara : 


Tahap 1 - Mewarna
Tahap 2 - Melukis Poster dengan tema ' 1 Malaysia '

Penyertaan :

Tahap 1 - Dua orang setiap sekolah
Tahap 2 - Dua orang setiap sekolah

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14 JULAI 2011

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menguruskan penyertaan murid-murid sekolah tuan ke pertandingan tersebut. Sila patuhi peraturan dan prosedur membawa murid mengikuti aktiviti di luar sekolah yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Pihak sekolah juga diminta membayar yuran penyertaan sebanyak RM30.00 bagi menampung kos pengurusan dan bahan pertandingan. Bayaran berkenaan hendaklah dibuat atas nama PIBG SRJK(C) Jemaluang.

Makan tengahari disediakan, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan