Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, dengan merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.1 Tahun 2012 (Tatacara Perakaunan Imbuhan Tetap Perumahan / Elaun Perumahan Wilayah dan Bantuan Sara Hidup bagi Pegawai yang menduduki Kuarters), amaun pendapatan dan potongan gaji berkaitan ITP, EPW dan BSH hendaklah dicatatkan dengan tepat dalam penyata gaji penjawat awam Persekutuan.
3. Bagi memastikan pematuhan ke atas surat pekeliling tersebut, penghantaran gaji komputer bagi maklumat pegawai yang menduduki kuarters adalah mulai gaji komputer MEI 2012.
4. Sehubungan dengan itu, semua sekolah yang mana terdapat pegawai-pegwai di sekolah tuan yang menduduki kuarters hendaklah:-
4.1 Mengemukakan Borang Perubahan Gaji (SG20) berserta dokumen sokongan Kew8 ke PPD Mersing untuk tindakan kemaskini maklumat gaji pegawai yang terlibat. Sila lihat contoh seperti di Lampiran.
5. Dimaklumkan juga semua sekolah hendaklah memastikan :-
5.1 Pembayaran ITP / EPW dan BSH pegawai yang menduduki kuarters adalah mengikut kelayakan pegawai. Elaun-elaun ini akan dipotong daripada gaji mengikut kod potongan gaji yang telah ditetapkan untuk diakaunkan ke amaun terimaan pulangan balik perbelanjaan di bawah Jabatan dan Pusat Tanggungjawab pegawai. Sila rujuk kod potongan gaji yang terlibat seperti SPANM Bil.1/2012.
5.2 Pegawai Persekutuan yang menduduki Rumah Kerajaan Negeri, pembayaran ITP/EPW dan BSH adalah mengikut kelayakan pegawai. Pembayaran kepada Kerajaan Negeri adalah mengikut kadar sewa yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan menggunakan kod potongan gaji sedia ada. Perbezaan elaun hendaklah diakaunkan ke akaun terimaan pulang balik perbelanjaan menggunakan kod potongan gaji seperti di SPANM Bil.1 Tahun 2012.
5.3 Pegawai yang menerima Bayaran Perumahan Khas (BPK) juga dibayar mengikut kelayakan pegawai.
5.4 PTJ dan Pusat Pembayar adalah bertanggungjawab menyediakan bayaran baik terlebih potongan kepada pegawai yang telah keluar dari kuarters dengan mengemukakan permohonan Baucar Bayaran Balik Hasil kepada Pejabat Perakaunan.
5.5 PTJ dan Pusat Pembayar hendaklah menyediakan daftar pegwai yang menduduki kuarters dan membuat penyesuian dengan laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan iaitu Laporan Terperinci Hasil (C330) dan Laporan Gaji (ZPRY021) bagi memastikan urusan perakaunan telah sempurna dilakukan.
5.6 Surat Pekeliling adalah terpakai kepada semua pegawai persekutuan yang menduduki kuarters sama ada disediakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selaras dengan itu, mulai Gaji Mei 2012 kod potongan gaji dan pendapatan seperti yang tersenarai seperti di Lampiran 4 SPANM Bil.1 Tahun 2012 adalah dimansuhkan.
6. Borang Perubahan Gaji (SG20) yang telah lengkap diisi bersama Kew8 yang telah lulus hendaklah dikemukakan ke PPD Mersing sebelum atau pada 13 April 2012 (tarikh akhir penghantaran gaji bulan Mei 2012). Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Pn. Afizah Binti Ahad ditalian 07-7982748.
7. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Lampiran : kemaskini_kod_itp_or_epw_&_bsh.PDF

0 komen ::
Catat Ulasan