* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 10 Jun 2019

Piagam Pelanggan PPD Mersing_kemaskini 1 Jun 2019


KAMI WARGA PENDIDIKAN DAERAH MERSING
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
Proses penempatan murid WARGANEGARA yang lewat daftar di tahun 1, peralihan dan Tingkatan 1 di sekolah harian biasa selesai diberi penempatan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
Menentukan setiap guru dan kakitangan diberi latihan 5 hari setahun supaya dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Masa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan urusan pertukaran/penempatan murid dalam masa 20 minit
Sebarang aduan awam dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Proses penempatan guru baharu dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas senarai bekalan diterima JPN dan pertukaran guru diuruskan mengikut sesi pertukaran 30 hari bekerja daripada tarikh mula proses permohonan sehingga tarikh surat penempatan pertukaran ke sekolah bagi setiap sesi pertukaran (pertukaran dalam daerah).
Memastikan semua baucer bayaran diurus dalam tempoh 14 hari bekerja.

0 komen ::

Catat Ulasan