* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 9 Julai 2025

TP 2728 TITIK POSITIF HARI 171 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2728
TITIK POSITIF HARI 171 2025M
20 Jun 2025M
TITIK POSITIF HARI 348 1446H
23 Zulhijjah 1446H
Jumaat


ETIKA KEPEMIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN

Dalam sesebuah organisasi, sama ada kita berada dalam posisi sebagai pemimpin atau pengikut, kita semua terikat dengan etika dan tata kelola yang mendokong kelancaran organisasi.

Setiap keputusan yang dibuat oleh organisasi – sama ada melalui mesyuarat, memo dalaman, taklimat, garis panduan dalaman, atau ketetapan bersama – adalah untuk manfaat bersama. Maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghormati, menyokong, dan melaksanakan keputusan tersebut dengan sebaik-baiknya. Elakkan membuat tindakan atau keputusan sendiri yang bertentangan dengan haluan organisasi.

Elakkan membuat tindakan sendiri yang boleh melempiaskan beban tanggungjawabnya kepada Ketua Jabatan atau organisasi keseluruhannya.

Kita bukan bekerja dalam ruang individu. Kita bergerak sebagai satu pasukan. Tindakan yang menyimpang daripada keputusan organisasi boleh menjejaskan keharmonian, menimbulkan kekeliruan, dan merencatkan pencapaian bersama. Justeru, marilah kita amalkan budaya komunikasi yang terbuka, bertanya jika tidak jelas, dan berbincang sebelum bertindak.

Pemimpin yang baik tahu mendengar, dan pengikut yang baik tahu menghormati. Jika kita menggalas amanah sebagai ketua, pimpinlah dengan adil dan berhemah. Jika kita di posisi pengikut, sokonglah dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Kejayaan organisasi ini bergantung pada kesepaduan kita semua – bukan hanya dalam tenaga, tetapi dalam fikiran, sikap, dan tindakan. Semoga kita sentiasa berpegang pada prinsip kesepakatan dan etika kerja yang tinggi dalam menjayakan misi pendidikan yang mulia ini.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan