Salam Mahabbah
TP 2729
TITIK POSITIF HARI 172 2025M
21 Jun 2025M
TITIK POSITIF HARI 349 1446H
24 Zulhijjah 1446H
Sabtu
KEIKHLASAN, PEKA DAN RESPONSIF TUNJANG KEBERKATAN
Keikhlasan adalah tunjang kepada keberkatan kerja. Apabila kita bekerja dengan niat yang betul, bukan kerana ganjaran atau pujian, tetapi kerana tanggungjawab dan amanah, maka hasilnya pasti akan memberikan kesan yang lebih bermakna kepada murid-murid dan sekolah.
Peka terhadap maklumat dan arahan yang disampaikan dari semasa ke semasa dan tidak ambil mudah terhadap arahan kerja, kerana kecuaian dalam aspek ini boleh menjejaskan kelancaran operasi dan menimbulkan kekeliruan dalam organisasi.
Tanamkan sikap responsif yang positif. Setiap cabaran, tugasan tambahan, atau perubahan perlu dihadapi dengan minda terbuka, tanpa rungutan atau keluh kesah. Tunjukkan sikap profesional dan dedikasi tinggi dalam menyahut segala amanah yang diberikan.
Binalah budaya kerja yang cemerlang, berpaksikan nilai murni dan semangat sepasukan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan