Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3065
23 Mei 2026M
6 Zulhijjah 1447H
Sabtu
TITIK POSITIF 3065
23 Mei 2026M
6 Zulhijjah 1447H
Sabtu
Sikap bermuka-muka ini sangat bahaya kerana ia antara punca utama perbalahan dalam kalangan manusia. Bayangkan seseorang di hadapan kita kelihatan baik, tetapi di belakang kita dia berubah menjadi “hantu”.
Dalam organisasi, golongan seperti ini juga ramai. Bezanya, mereka bukan hantu sebenar. Kadang-kadang mereka turut membaca Yasin, makan, dan ketawa bersama-sama kita.
Mengapa sifat ini wajar dijauhi?
1. Merosakkan kepercayaan. Kepercayaan sangat sukar dibina, tetapi sangat mudah runtuh. Sekali orang tahu kita bermuka-muka, reputasi boleh jatuh bertahun-tahun.
2. Menjadi punca fitnah dan perbalahan. Sikap ini selalunya datang bersama adu domba. Kata-kata diputar, emosi dipanaskan, akhirnya hubungan yang asalnya baik menjadi renggang.
3. Melemahkan organisasi. Dalam organisasi, orang begini nampak menyokong di hadapan, tetapi meruntuhkan dari belakang. Kesannya bukan sekadar kepada individu, tetapi seluruh budaya kerja — hilang semangat, hilang arah.
4. Penyakit hati yang sukar disedari. Yang paling bahaya, kadang-kadang pelakunya sendiri tidak sedar. Ia bermula daripada niat kecil: mahu disukai semua orang, takut berterus terang, atau terlalu menjaga kepentingan diri.
- Razali Saaran : Watak-Watak Dalam Organisasi -
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan