Isnin, 18 April 2011

Anugerah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Negeri Johor

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Pembentangan dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil.1/2011 pada 6 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah tersebut pada tahun ini bagi memberi penghargaan kepada guru-guru yang berpotensi tinggi dalam memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Sehubungan itu, pihak sekolah perlu membuat penilaian berkenaan dan mencadangkan sekurang-sekurangnya seorang guru untuk penilaian peringkat daerah dan negeri Johor.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Penilaian berkenaan perlu dihantar ke PPD Mersing pada atau sebelum 20 Mei 2011 (u.p. PPPD Kurikulum)

Sekian. Wassalam.

Lampiran 2 : 02_JK_Pelaksana.pdf
Lampiran 4 : 04_Carta_Alir.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan