Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah... Mesyuarat JKD MP Sejarah Bil. 1/2011 telah dikelolakan dengan baik oleh En. Chua Chor Sang, Pengetua SMK Sri Mersing pada 8 April 2011 di SMK Sri Mersing.
Keputusan mesyuarat tersebut adalah dirujuk dan berkaitan. Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah Pembinaan Item Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.
Selepas perbincangan dengan PPMP Sejarah Negeri Johor, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah.
1. Setiap sekolah perlu menyediakan set soalan mengikut tingkatan (Tingkatan 1 hingga 5) - lihat lampiran 1 .
2. Setiap soalan dan skema tersebut perlu mengikut format yang telah disediakan. (lihat lampiran 2).
Soalan dan skema yang telah siap hendaklah dihantar ke pejabat ini (u.p. PPPD Kurikulum) dalam bentuk 'Hardcopy' dan 'Softcopy' selewat-lewatnya pada 25 April 2011.
** Bahan 'Softcopy' hendaklah dihantar melalui Aplikasi Atas Talian Sekolah e-Sejarah. Manakala bahan 'hardcopy' hendaklah dihantar melalui hantaran biasa.
Perhatian dan komitmen tuan amatlah diharapkan.
Wassalam.
Lampiran 1 : Agihan Pembinaan Item Ikut Sekolah
Lampiran 2 : Format soalan dan skema jawapan.
Lampiran 3 : e-Sejarah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan