TAWARAN UNTUK MENJADI GURU TENAGA PENGAJAR KELAS TUISYEN IBNU SINA YPJ 2011 BAGI GURU-GURU OPSYEN FIZIK, KIMIA, BIOLOGI DAN MATEMATIK TAMBAHAN BAGI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING ( TERMASUK JUGA DARI MRSM DAN SMS SULTAN ISKANDAR )
Assalamualaikum wrbtkh.
Merujuk kepada perkara di atas , TAWARAN adalah dibuka kepada semua guru opsyen sains tulen ( Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan ) yang berkelayakan dan komited dari sekolah-sekolah menengah daerah Mersing termasuk dari MRSM Mersing dan juga SM Sains Sultan Iskandar untuk menjadi guru tenaga pengajar kelas Tuisyen IBNU SINA bagi sekolah-sekolah menengah terpilih di daerah Mersing.
2. Tawaran ini juga adalah terbuka kepada kepada Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran malah dari kalangan Pengetua yang berminat berdasarkan kepada opsyen subjek masing-masing.
3. Secara umumnya TAWARAN ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat asas yang berikut:-
3.1 Tempoh kelas tuisyen tersebut adalah berjumlah selama 40 jam dan akan dijalankan bermula April sehingga Oktober 2011.
3.2 Guru tenaga pengajar akan dibayar oleh YPJ sejumlah RM4000.00 bagi sesi 40 jam itu (RM100.00 @ 1 jam)
3.3 Kelas tuisyen boleh dilaksanakan selama 2 atau 3 jam bagi satu sesi mengikut jadual fleksibel atas persetujuan dan kelapangan guru / murid dan akan diselaras-pantau oleh Guru Penyelaras Tuisyen sekolah-sekolah yang berkenaan.
3.4 Guru tenaga pengajar Tuisyen IBNU SINA TIDAK DIBENARKAN mengajar kelas tuisyen di sekolah sendiri. Petempatan guru akan dibuat secara timbal-balik.
4. Sekiranya ada guru-guru yang berminat dan boleh memberikan komitmen, sila kemukakan permohonan kepada Pegawai Penyelaras Tuisyen YPJ di PPD Mersing untuk dipertimbangkan. Permohonan boleh dibuat melalui surat, email atau panggilan telefon. Alamat email ialah azman.yusof@moe.gov.my . Hantarkan juga salinan email ke < ictxzac@yahoo.com > Nombor HP: 019-9600120 / 07-7982736
Sekian makluman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan