Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa butiran pergerakan dan pelantikan tersebut adalah seperti berikut :
1. PN. FAUZIAH BINTI MAMAT, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 03 bertukar ke SK Taman Desa Jaya, Pasir Gudang sebagai Guru Besar berkuatkuasa 26 Disember 2011.
2. EN. ZAINAL AZNAM BIN A.KADIR, Guru Besar SK Air Papan, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar (DGA34) di SK LKTP Tenggaroh 03 berkuatkuasa pada 26 Disember 2011.
3. EN. W MOHD GHAZALI BIN W MAT, Guru Besar SK Pulau Tinggi, bertukar ke SK Air Papan sebagai Guru Besar berkuatkuasa pada 26 Disember 2011.
4. EN. ABD. RAZAK BIN HUSAIN, Guru Besar SK Peta dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar (DGA34) di SK LKTP Kledang, Kota Tinggi berkuatkuasa pada 16 Disember 2011.
5. EN. MD. PO'AD BIN AHMAD, GPK Kokurikulum, SK LKTP Tenggaroh 04 dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Peta berkuatkuasa pada 16 Disember 2011.
Moga dengan pergerakan dan pelantikan ini akan memberi satu suntikan semangat kepada mereka untuk terus berbakti menyahut seruan FARDHU KIFAYAH yang dijanjikan Allah SWT balasan yang berlipat ganda.
Semangat BADAR yang menjadi teras kepada slogan MERSING HEBAT diharapkan dapat direalisasikan dalam bentuk tindakan serta perubahan berimpak tinggi kepada transformasi kepimpinan pendidikan di daerah Mersing dan di negeri Johor amnya.
tahniah kepada semua guru besar..... Semoga terus bersama-sama menjayakan Mersing Hebat....Amin Ya Rabbal A`lamin
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam