Khamis, 27 Ogos 2015

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2015 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 05 Oktober 2015 (perubahan akan dimaklumkan)
Tempat : JPNJ
Masa : 8.15 a.m –4.00 p.m

Sehubungan itu, pihak tuan diminta memaklumkan pekara berkenaan kepada semua guru. Guru-guru boleh menghantar borang penyertaan sebelum 15 september 2015 dengan mengembalikan lampiran A dan B ke PPD Mersing, untuk perhatian En. Mohd Amin Bin A. Hamid. Penghantaran juga boleh melalui emel (ppdsm.mersing@gmail.com) atau aplikasi telegram ke 017-2573981.

Untuk makluman pihak tuan, pertandingan tersebut melibatkan 4 kategori iaitu individu prasekolah, individu menengah, individu rendah dan kumpulan. Semua Inovasi (inovasi P&P) yang diterima akan dinilai dan pemilihan akan dibuat oleh panel Inovasi PPD Mersing. Tiga Inovasi terbaik bagi setiap kategori akan dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kerjasama dan pertimbangan tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing. 

Sekian, Terima Kasih

Lampiran 1:  LAMPIRAN_A.docx
Lampiran 2:  LAMPIRAN_B.docx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan