Khamis, 10 September 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU (KPPGBM) BERASASKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015 – SIRI 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan kursus tersebut di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 13 hingga 15 September 2015
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : SK Seri Pantai, Mersing
Bilangan peserta/sekolah terlibat: Rujuk Lampiran

2. Pihak sekolah diminta menghantar guru yang mengajar Bahasa Melayu di Tahun 4 bagi sekolah rendah (SR) dan Tingkatan 2 di sekolah menengah (SM).

3. Bahan / alatan yang perlu dibawa bersama:– computer riba, ‘broadband’, DSKP Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tingkatan 2 dan Buku Teks.

4. Tindakan pihak sekolah/ guru yang terlibat: – 
- sediakan bahan P&P demi Melindungi Masa Instruksional (MMI) 
- pastikan dasar MMI dipatuhi sepanjang ketidakhadiran guru di sekolah.

Sekian, terima kasih.


Lampiran : 
Surat.jpg
Peserta.jpg
Jadual.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan