Dengan segala hormat saya merujuk kepada surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA (I) S.177/22/1 Klt.10 (11) bertarikh 17 Ogos 2015/ 2 Zulkaedah 1436H mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon kemudahan penajaan untuk Pegawai Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2016.
3. Pegawai-pegawai yang berminat boleh melayari Portal JPA www.jpa.gov.myatau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui tentang syarat-syarat dan tatacara permohonan. Borang permohonan hendaklah diisi secara atas talian dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN 1 surat pelawaan JPA dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C).
4. Kesemua dokumen ini hendaklah dikemukakan sebanyak empat (4) salinan. Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN B) akan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.
5. Permohonan secara atas talian bagi pegawai yang ingin memohon dibuka mulai19 Ogos 2015 (Rabu) hingga 11 September 2015 (Jumaat). Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 11 September 2015 (Jumaat)sebelum jam 5.00 petang kepada:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, PUTRAJAYA
6. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini pihak Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
6.1 Encik Azmi Tepoli
Tel : 03-8884 7947
Faks : 03-8884 7925
E-mel : azmi.tepoli@moe.gov.my
6.2 Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel : 03-8884 7943
Faks : 03-8884 7925
E-mel : danial.suhaimi@moe.gov.my
7. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian Tuan/Puan jua.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan