Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TP 2722
TITIK POSITIF HARI 165 2025M
14 Jun 2025M
TITIK POSITIF HARI 342 1446H
17 Zulhijjah 1446H
Sabtu
Menutup aurat dan menjaga batas pergaulan bukan sekadar satu adat, tetapi ia adalah tuntutan syariat yang jelas dan tegas. Ia bukan pilihan, tetapi kewajipan. Sama ada ketika bersukan, berkegiatan luar, mahupun dalam urusan harian, syariat tetap perlu dijaga. Kita tidak boleh mengatakan, “kerana aktiviti sukan” atau “kerana persembahan”, maka hukumnya boleh dilonggarkan.
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walau apapun niat kita, untuk menang, untuk menunjukkan bakat, untuk meriahkan program, kita tetap tidak boleh mengorbankan prinsip agama kita. Allah SWT menilai bukan sekadar hasil, tetapi juga cara kita mencapainya. Jika cara itu melanggar syariat, maka keberkatan akan hilang walaupun nampak berjaya di mata manusia.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
Tiada ulasan:
Catat Ulasan