Salam Mahabbah
TP 2735
TITIK POSITIF HARI 178 2025M
27 Jun 2025M
TITIK POSITIF HARI 1 1447H
1 Muharram 1447H
Jumaat
INILAH ADAB
1. Jika orang tua kita bercakap, jangan pergi.
2. Jika ada seseorang yang ditegur atau dimarahi, janganlah memandangnya.
3. Jangan marah kepada orang yang sedang makan.
4. Jika bertamu dan dijemput makan, makanlah walau sedikit.
5. Jika meminjam barang yang sama lebih daripada tiga kali, maka telah sampai masanya perlu beli sendiri.
6. Jangan meniup makanan yang masih panas.
7. Jangan membetulkan sajadah dengan kaki, sebaiknya dengan tangan.
8. Membiasakan ucapan mmaf, tolong dan terima kasih tanpa memandang usia dan status.
9. Jika ada rakan-rakan atau saudara yang berjalan jauh, jangan biasakan meminta ole-ole.
10. Mintalah izin sebelum menggunakan barang orang lain.
11. Jika seseorang tidak mendengar atau mempedulikan, makan berhentilah bercakap.
12. Jangan pamerkan gaya hidup yang mewah tetapi tidak mahu lunaskan hutang.
13. Jangan membuat jenaka dengan kekurangan orang lain.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
Tiada ulasan:
Catat Ulasan