Rabu, 3 Disember 2025

TP 2839 TITIK POSITIF HARI 280 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2839
TITIK POSITIF HARI 280 2025M
9 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 105 1447H
17 Rabiul Akhir 1447H
Khamis

Ketika kita ingin hidup kaya, kita lupa bahawa hidup ini adalah kekayaan.
Ketika kita takut memberi, kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah pemberian.
Ketika kita ingin jadi yang paling kuat, kita lupa bahawa dalam kelemahan, Allah memberi kita kekuatan.
Ketika kita takut rugi, kita lupa bahawa hidup kita adalah satu keberuntungan.
Hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri apa yang telah ada. Adakalanya yang terindah, bukanlah yang terbaik.
Yang sempurna tidak menjanjikan kebahagiaan. Kebahagian sebenar ialah ketika kita mampu dan mahu menerima semua kekurangan dan kelebihan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

Tiada ulasan:

Catat Ulasan