Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah
Perumpamaan yang kita sering dengar sebelum ini " SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG ". Satu perumpamaan kepada orang yang berfikiran sempit serta cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar. Saya mengajak tuan/puan bayangkan bagaimana sekiranya tempurung itu berlut sinar.
Mereka boleh nampak, dengar, tahu, rasa apa yang berlaku di sekeliling, .... tapi.... Berapa ramai yang peka dan ambil peduli serta bertindak mengikut arus perubahan yang berlaku.
Adakah ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’.
1) Adakah anda selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah?
2) Adakah anda tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru?
3) Adakah anda hanya menunggu idea orang lain daripada terus memberi idea sendiri?
4) Adakah anda hanya terpaku, hanya membisu seribu bahasa?
5) Adakah anda hanya mampu beraksi di luar gelanggang daripada dalam gelanggang yang sebenar?
6) Adakah anda hanya suka memberi alasan tanpa berfikir bahawa rakan lain juga ada alasan yang sama?
7) Adakah anda hanya tahu menimbulkan masalah, bukan menyelesaikan masalah?
Hari ini orang sering memperkatakan kehebatan dan kelebihan orang lain. Tetapi tidak semua bersedia untuk mengikuti jejak langkah atau 'track' berkenaan. Budaya hanya melihat, menunggu, mendiamkan diri, kedekut idea, tenaga atau hanya suka komen idea orang lain ... masih terpahat dalam jiwa dan hati sanubari.
Sesungguhnya tiada had laju dalam perjalanan menuju keunggulan.
Dan kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa usaha serta kesepaduan tenaga dan fikiran.
Budaya tidak mahu bersusah-susah demi kepentingan organisasi dan ummah perlu diubah secara hikmah. Tindakan berkonsep hikmah adalah berbeza mengikut situasi dan kerenah kumpulan sasar.
Fikir dan bincangkanlah di FORUM MERSING HEBAT
e-books : Keluar Dari Tempurung
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 komen ::
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Satu lontaran yang hebat ustaz.
Catat Ulasan