* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 8 Julai 2010

Jawatan Kosong: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk jawatan berikut:-

Jawatan: Pegawai Rundingcara (S41)

Jabatan: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Klasifikasi: Perkhidmatan Sosial

Kumpulan: Pengurusan Dan Profesional

Jadual Gaji: Gred S41

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :-

Calon-calon hendaklah memiliki :-

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kaunseling dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

ATAU

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

ATAU

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

DAN

Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan di bawah syarat-syarat skim perkhidmatan :

Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati daripada Laman web YPKDTwww.ypkdt.org.my atau Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, dengan menghantar sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm bersetem 30 sen beralamat sendiri. Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Ketua Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Aras 1 & 2, Parcel C2S, Sayap Timur,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79603 Nusajaya, Johor.

Sebelum atau pada : 20 Jun 2010

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

0 komen ::

Catat Ulasan