* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 26 Julai 2010

Sistem Pelaporan Headcount Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional

Kursus ini dianjurkan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Mersing pada 26 Julai 2010 di Pejabat Pelajaran Daerah Mersing. Dalam kursus ini Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran diperkenalkan dengan satu aplikasi dikenali sebagai Sistem Pelaporan Headcount untuk Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Aplikasi ini dibangunkan oleh
En. Ikwan Goh Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik dan Vokasional Daerah Muar bertujuan untuk memudahkan guru-guru khususnya Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional menyusun data dan membuat pentaksiran data-data mata pelajaran berkaitan keputusan peperiksaan. Aplikasi ini dianggap mesra pengguna kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah malahan semua peringkat termasuklah PPD dan JPNJ dalam membuat perbandingan keputusan peperiksaan bagi semua daerah di negeri Johor.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru-guru tentang penggunaan perisian ini. Ianya juga dapat memudahkan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional membuat pembentangan mengenai data-data peperiksaan apabila diperlukan di sekolah

Syabas diucapkan kepada En. Ikhwan Goh Bin Abdullah PPPD Teknik & Vokasional dari daerah Muar kerana berjaya membangunkan aplikasi ini. Tahniah juga kepada peserta kursus yang dapat menghadiri kursus ini dengan jayanya.

Syabas sekali lagi dari kami warga PPD Mersing

0 komen ::

Catat Ulasan