Sukacita dengan hormatnya Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah mengadakan majlis tersebut seperti butiran berikut :
Tarikh : 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Majlis berkenaan disempurnakan oleh YB Dato' Yeow Chin Keong, Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Majlis tersebut turut dihadiri Hj. Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor, Hj. Mohamed Azhar bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing, Pengerusi PKPSM Mersing, MGB Mersing dan warga PPD Mersing.
Ganjaran Terbitan yang disampaikan adalah satu sumbangan daripada Kerajaan Malaysia yang mengambil kira 235 bulan tempoh perkhidmatan Allahyarhamah dan baki perkhidmatan beliau sehingga bersara wajib 58 tahun.
Pengarah Pelajaran Johor, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing, PKPSM dan MGB turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah mewakili warga pendidikan Mersing.
Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis berkenaan. Tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
0 komen ::
Catat Ulasan