Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan. Klik Disini untuk melihat senarai.
Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalahdibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.
0 komen ::
Catat Ulasan