* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 16 Ogos 2010

Penghargaan : Majlis Restu Permata Mersing 2010

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur dirafa'kan kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia serta izinnya, majlis tersebut telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR kelolaan SK Sawah Dato' pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) di Dewan SM Sains Sultan Iskandar Mersing.
Majlis berkenaan adalah acara kemuncak kepada beberapa siri Program Menggilap Permata 2 Mersing yang telah dilaksanakan sejak Mei hingga Ogos 2010 .

Si Kerdil merakamkan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut daripada peringkat awal perancangan serta pelaksanaannya di peringkat daerah dan zon.

Terima kasih dan tahniah kepada En. Mohamed Azhar bin
Shahrudin, GPK1 SK Sawah Dato' , Perancang Utama dan
Penggerak Program Menggilap Permata Mersing .

Tahniah kepada JKD Kecemerlangan UPSR atas usaha dan kerjasama yang membanggakan.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pegawai, Majlis Guru Besar Mersing, Guru Besar, Guru-Guru Pembimbing dan Pembina Modul, Guru-Guru serta anak-anak Permata Mersing yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan.

KAMI SENTIASA MENDOAKAN KECEMERLANGAN ANDA.

0 komen ::

Catat Ulasan