PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 9 TAHUN 2010 :
PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Jabatan Perkhidmatan Awam melalui pekelilingnya bil JPA.BK(S)271/2(9) bertarikh 30.7.2010 memaklumkan mengenai Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Antara syarat yang dikenakan adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang memegang jawatan Pengetua atau Guru Besar atau yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran di mana-mana institusi pendidikan dan agensi Kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti politik.
sila klik disini.... untuk maklumat lanjut.
0 komen ::
Catat Ulasan