الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 12 Ogos 2010
Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah perlaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dengan kerjasamaa Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengedarkan netbook 1 Malaysia kepada sebahagian pelajar bagi sekolah Menengah di 45 buah sekolah dinegeri Johor. Maklumat berkenaan dimaklumkan oelh SKMM melalui suratnya bertarikh 2 Ogos 2010 ruj. no SKMM (T) 05-SRO/20/GENERAL_10/ Jld III (69).
Untuk pertanyaan sila hubungi pegawai SKMM En. Mohamad Faiezal di talian 019-7111915.
Soalan Lazim
1) Siapa yang menentukan pemilihan murid?
Jawapan : Penyelarasan pemilihan murid diperolehi dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana keutamaan pada murid yang mempunyai latarbelakang pendapatan isi rumah bernilai kurang RM 3,000.
2) Bolehkan sekolah menukar penerimaan netbook kepada murid lain?
Jawapan : Tiak boleh tetapi bergantung kepada kelulusan SKMM.
3) Adakah sebarang bayaran dikenakan dalam program pemberian Netbook 1Malaysia secara percuma ini?
Jawapan: Netbook yang diberi adalah PERCUMA tetapi setiap murid yang bersetuju menerima pemberian ini WAJIB melanggan pelan jalur lebar yang akan dijelaskan semasa taklimat dengan kadar minimum bagi tempoh 2 tahun.
4) Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur apakah implikasinya kepada pemberian ini?
Jawapan : Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur yang disediakan dalam pakej pemberiaan ini murid berkenaan TIDAK LAYAK menerima. Pemberian akan ditarikbalik oleh SKMM.
5) Apakah peranan SKMM?
Jawapan : SKMM akan menjadi penyelaras pengagihan netbook berkenaan serta untuk membuat latihan kepada murid di lokasi Pusat Komuniti Jalur Lebar. Pihak SKMM juga akan bertanggungjawab sepanjang tempoh warranti.
6) Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tamat persekolahan.
Jawapan : Netbook akan menjadi hakmilik murid selepas tempoh 2 tahun. Tidak perlu dikembalikan ke sekolah.
7) Adakah netbook akan digunakan dalam kelas P&P?
Jawapan : Tidak, pemberian netbook adalah utk menjayakan KPI Perdana Menteri dalam mencapai 1 isi rumah, 1 komputer. Walaubagaimanapun sekiranya ianya perlu digunakan dalam P&P tertakluk kepada sekolah.
8) Adakah murid yang tersenarai wajib menyertai program ini?
Jawapan: TIDAK. Murid mempunyai pilihan sama ada untuk menyertai atau tidak program ini.
9) Adakah perjanjian itu melibatkan pelajar sahaja?
Jawapan: Perjanjian tersebut perlu ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga pelajar tersebut. Oleh itu, ibu/bapa/penjaga perlu hadir bersama pada sesi taklimat oleh SKMM.
10) Adakah pihak sekolah terlibat dalam program ini samada dari segi kutipan bayaran langganan dan sebagainya?
Jawapan: Pihak sekolah tidak terlibat secara terus dalam program ini kecuali sebagai saluran penyampaian maklumat daripada SKMM kepada murid yang layak. Segala pembayaran dan waranti adalah di bawah tanggungjawab SKMM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 komen ::
Apakah yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar itu? Adakah pelajar-pelajar yang mendapat netbook sahaja yang mendapat akses kepada Jalur Lebar tersebut tanpa had ?
Jawapan :
1. Jalur Lebar (broadband) adalah adalah teknologi akses internet ADSL yang lebih laju berbanding teknologi lama dial-up. Kelajuan bandwidthnya adalah antara 384kbps hingga 1 mbps.
Pada masa ini broadband lebih dikaitkan dengan teknolgi WiFi (tanpa wayar).
2. Akses broadband boleh diakses oleh sesiapa saja yang telah melanggan dan mempunyai akaun broadband bagi mana-mana telco yang dipilih.
apakah model komputer tersebut?bolehkah beri maklumat-maklumat yang tentang komputer tersebut?
dalam satu keluarga,bolehkah menerima 2 buah netbook??kerana saya dan adik saya dapat tawaran menyertai program ini....
Pelajar SMK Sri Mersing, 86800 Mersing, Johor adalah pelajar kawalan dimana kemasukkan ke sekolah ini memerlukan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sesetengah mereka terdiri daripada ibu bapa yang berpendapatan dibawah RM 3000. Yang mendukacitakan ,mereka tidak terpilih dalam Program Pemberian Netbook 1 Malaysia ini. Bagi membantu mereka bagaimanakah cara supaya pelajar berkenaan terpilih dalam pemberian Netbook 1 Malaysia ini?
Semoga pelajar kita lebih celik IT. Tapi saya berharap pakej internet yang disediakan bertapis. Kalau tidak, ramai yang tersasar. Semoga dalam hardisk penuh ilmu, bukan penuh blu.
Peace
Pemberian komputer riba 1malaysia tidak telus...pelajar yg kerap ponteng sekolah pun boleh dapat sedangkan masih terdapat pelajar lain yg lebih layak...
sekiranya 1 isi rumah x mendapatkan netbook apa tindakan yang diambil?
Di tempat saya setiap sekolah menengah dapat pakej netbook ini KECUALI sekolah agama. Musykil. Golongan berpendapatan rendah ada yang tak dapat sedangkan yang pendapatan tinggi dapat.
Kriteria pilihan tak tahulah macam mana. Ada yang kata pelajar yang kamceng dgn PJK tinggi peluang dpt netbook ni. Saya hanya lalu di sebelah dewan tempat penyampaian tersebut. Penuh kereta. Ada la seorang ibu dan anaknya (dpt netbook) berjalan sahaja ke stesen bas (Ini baru golongan sasaran).
Netbook yg saya perasan ada tulis emachine(acer kot). Satu lagi jenis samsung.
Inisiatif ini adalah baik, namun perlaksanaannya wallahualam. Sebab liputan internet di tempat saya agak menyedihkan.
anak saya yang telah dipilih oleh SKMM untuk netbook satu malaysia dinafikan hak oleh pihak sekolah dan diberikan kepada golongan yang lebih kaya....apa tindakan yang perlu saya ambil
Tuan diminta merujuk terus kepada pihak SKMM dan sekolah.. Ini adalah kerana pihak PPD tidak terlibat langsung dalam hal berkenaan.. dan pihak kami juga tidak pernah dilibatkan dalam sebarang perbincangan atau mesyuarat...tk
Sekiranya borang penerimaan saya hilang, bagaimana saya boleh dapat kan salinanya?
Tuan perlu merujuk kepada pihak SKMM..
Catat Ulasan