* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 17 Ogos 2010

Takziah : Kembalinya ke Rahmatullah Cik Norzihan bt. Eni, GDM SK Sawah Dato'

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga Cik Norzihan bt. Eni, Guru Data dan Maklumat SK Sawah Dato' Mersing, kerana telah kembali kerahmatulLah pagi tadi sewaktu bertugas rasmi di sekolah.

Beliau ditemui meninggal dunia di tandas guru sekolah berkenaan jam 11.00 tgh tadi. Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan selepas itu Insya Allah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tenglu petang ini.

Si Kerdil mengucapkan terima kasih dan menghargai kerjasama semua pihak semasa menguruskan jenazah beliau. Takziah kepada warga SK Sawah Dato'.. takziah juga untuk semua warga pendidikan Mersing atas pemergian beliau. Didoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para ambiya', syuhada' dan solehah.
AMIN.

Terima kasih kepada semua individu, warga sekolah, MGB, PKPSM, warga PPD Mersing dan semua agensi yang terlibat menguruskan sumbangan untuk keluarga arwah.

1 komen ::

Pengerusi KEPTAN Cawangan Mersing berkata...

Takziah & Al-Fatihah.

Catat Ulasan