Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
Enter a description here searching and replacing this same text in design / html editing of your control panel.
SILA TAIP CARIAN MAKLUMAT ANDA DALAM KOTAK SEARCH DI ATAS.
SEJARAH SLOGAN/TEMA
MOTO - SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN (2021)
SLOGAN - MERSING HEBAT (2008)
2015 - Tindakan Se Alim Kata
Membina Komitmen, Mencipta Kebersamaan
2014 - Mengupayakan Organisasi, Meminimumkan Kuasa Dominasi
2013 - Dari Hati ke Hati
2010 - Mencipta Sejarah, Memahat Tamadun
2008 - Memintas Arus, Mencipta Sejarah
MERSING HEBAT
2003 - Jejak Imtiaz
Renungan Kendiri
Dari Abdullah Omar RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
" (Di antara) orang yang paling dicintai oleh Allah Taala ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia dan (di antara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim atau menghilangkan baginya kesulitan atau menyelesaikan hutang piutangnya atau menghilangkan baginya kelaparan. Dan kalau aku berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal kemarahannya, Allah akan menutup auratnya (keaibannya) dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan dia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhkan hatinya dengan keredaan pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya ( di Sirat) pada hari kaki-kaki tergelincir (dimasukkan ke Neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan sebagaimana cuka merosakkan madu. "
Hadis riwayat Imam Tabrani & Ibnu Abid Dunia (Hadis Hasan- Kitab Sahih AlJami" 176
0 komen ::
Catat Ulasan