الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP (SCHOOL BASED) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Tindakan | : | PENGETUA DAN GURU BESAR |
Dengan ini pihak PPD Mersing melampirkan garis panduan pelaksanaan LDP melalui kaedah ' Latihan Secara Pembacaan Buku ' bagi melengkapkan kursus LDP secara school based, untuk diambil tindakan oleh pihak tuan.
Dimaklumkan bahawa pelaksanaan kaedah tersebut sudah boleh bermula dari sekarang sehingga November 2010.
Sebarang kemusykilan berkaitannya bolehlah dirujuk kepada En Wan Nadzri b. Wan A. Rahman atau En Dzulkifli Hj Jaafar.
Terima kasih.
Lampiran 1 | : | File.PDF |
Lampiran 2 | : | Garis_Panduan_LDP_2010.PDF |
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, kami merafa'kan jutaan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan nikmat yang tidak terkira. Kesihatan berpanjangan yang diberikan, memampukan kita sama-sama mengecapi nikmat dunia hingga ke saat ini.
Sempena bulan Rabiul Awwal 1431 H ini, sebagai mengingati saat kelahiran Rasulullah SAW, berikut dicadangkan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi sama-sama berperanan mengimarahkan bulan Rabiul Awwal ini untuk manfaat bersama. :
1. Doa Harian
2. Syiar Selawat setiap pagi sebelum masuk proses PnP. (siaraya)
3. Amalan Selawat dalam setiap aktiviti pelajar dan guru seperti Perhimpunan Mingguan Sekolah, mesyuarat dan taklimat.
4. Pembudayaan As-Sunnah dalam bentuk tazkirah atau perkongsian ilmu dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah.
5. Selawat setiap kali selepas Solat Berjemaah. (sekolah dua sesi dan sekolah berasrama)
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Tindakan | : | PENGERUSI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH (MENENGAH) |
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Soalan Selaras Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Bahasa Arab bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun TIDAK DISEDIAKAN.
Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah menyediakan sendiri kertas soalan tersebut untuk keperluan sekolah masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Abd.Ranee Osman, Penyelia Kanan Pendidikan Islam.
Sekian. Wassalam.
Tindakan | : | PENYELARAS STF SEKOLAH |
ASSALAMUALAIKUM,
Diminta kerjasama Penyelaras STF sekolah-sekolah Felda untuk melengkapkan borang yang dilampirkan bersama ini dan dikembalikan kepada PPD Mersing melalui emel : pktvppdmg@gmail.com sebelum atau pada 5hb Mac 2010.
Terima kasih
Lampiran 1 | : | Verifikasi_LAYAK_STF2010.xlsx |
TAHNIAH BUAT PERMATA MERSING
Al-Hamdulillah, kami merafa'kan syukur kehadrat Allah SWT. Maha Pencipta atas nikmat kejayaan hasil usaha semua pihak.
Pada tahun ini, sekali lagi daerah Mersing telah melakar sejarahnya yang tersendiri bila menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam STPM 2009.
TAHNIAH DAN ALFU MABRUK KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN. TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA PIHAK YANG BEKERJA KERAS BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK KITA MENJADI KENYATAAN.
Mersing berada di TEMPAT KE 8 berbanding daerah-daerah negeri Johor,
Tidak lagi seperti sebelum ini yang Mersing sentiasa disindir dengan kalimah MERSING COROT.
PERATUS LULUS 97.91% (2009) BERBANDING 96.06% (2008) - PENINGKATAN 1.85%
PNGK 2.29 (2009) BERBANDING 2.14 (2008) - PENINGKATAN 0.15.
Sekolah yang mencapai 100% Lulus :
1. SMK Ungku Husin
2. SMK Tenggaroh A
Lampiran 1 : Pencapaian_Daerah.pdf
Lampiran 2 : Pencapaian_Sekolah.pdf
Lampiran 3 : Pencapaian_Sekolah Ikut_Daerah.pdf
Lampiran 4 : Analisis_Daerah_MP.pdf
KEPUTUSAN STPM 2008
1. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG YANG MENCAPAI 100% - SMK SRI MERSING
2. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG YANG MENCAPAI 100% - SMK TENGGAROH A
Analisis Perbandingan Tahun Sekolah 2009
Baca lagi di sini.....
IKLAN JAWATAN KOSONG: JAWATAN PEMANDU KENDERAAN GRED R3 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.(22 Feb 2010 - 23 Mac 2010)
Untuk Manual Pengguna Sispem, Sila klik
layari http://www.moe.gov.my/epemandu untuk permohonan
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA URUSAN PENGAMBILAN UNTUK LANTIKAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN, KPM.
Merujuk surat KP (BPI)5206/5/4/4(1) bertarikh 3 Februari 2010 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.
Pihak sekolah dipohon mendaftarkan calon-calon yang layak menduduki peperiksaan dengan melengkapkan Borang Pendaftaran seperti format dalam lampiran surat tersebut. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri sebelum atau pada 30 Februari 2010 dan emeilkan; ke lokman.spi@gmail.com .
Satu salinan Borang Pendaftaran hendaklah dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam melalui email berikut ; kkqbpi@gmail.com
Calon yang tercicir dibenarkan menduduki pepepriksaan tersebut dengan syarat pihak sekolah memaklumkan terlebih dahulu kepada Bahagian Pendidikan Islam, KPM sebelum peperiksaan dilaksanakan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
2. Kerjasama semua Guru Penyelaras Program Hikmah YPJ untuk menghantar SENARAI NAMA PELAJAR, NAMA GURU TUISYEN SERTA JADUAL KELAS secepat yang mungkin. Maklumat boleh dihantar samada melalui fax, email atau hardcopy.
3. Sehubungan dengan itu juga, dua taklimat khas tajaan YPJ akan diadakan yang melibatkan 12 tenaga pengajar Tuisyen IBNU SINA dan 140 orang guru-guru subjek teras UPSR. Sila rujuk dan muaturun 2 lampiran di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci. Makluman ini akan dikemaskinikan sekiranya ada pindaan dari pihak penaja.
Sekian makluman. Terima kasih
Lampiran 1 | : | TAKLIMAT_IBNU_SINA.doc |
Lampiran 2 | : | JADUAL_TAKLIMAT_ZOOM-A_23_FEB.doc |
Tindakan | : | PENGERUSI PANITIA BM DAN GURU BM TAHUN SATU |
Sila muat turun borang yang dilampirkan untuk kegunaan sekolah dan guru berkenaan.
Semoga membantu tugas tuan.
Lampiran 1 | : | Borang_Prestasi_Individu_Literasi.xls |
Tindakan | : | SEMUA GURU BESAR |
CD yang mengandungi soalan-soalan literasi dan numerasi telahpun diedarkan melalui peserta Kursus Literasi (BM) pada hari ini. Ia mengandungi instrumen serta manual am dan manual khas (literasi dan numerasi) untuk tindakan sekolah seterusnya.
Tuan dimohon mencetak serta memperbanyakkan instrumen saringan mengikut enrolmen pelajar Tahun 1. Pastikan aspek lisan diselesaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Saringan LINUS untuk bahagian penulisan MESTI dijalankan dari 1 hingga 5 Mac 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami En.Wee Kok Cheng, PPPD Bahasa.
Tindakan | : | Pengetua (u.p. Setiausaha Peperiksaan SPM 2010) |
Surat JPNJ/SPP/35/1706/19(4) bertarikh 11 Februari 2010 adalah berkaitan dan dirujuk.
Sukacitadimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 4 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Taman Kluang Barat, Kluang.
Sehubungan itu, surat panggilan JPNJ/SPP/35/1706/19(4) bertarikh 11 Februari 2010 telah diedarkan melalui peti surat sekolah tuan.
Sekian,terima kasih.
Tarikh : 2 Mac 2010 ( Selasa )
Masa : 1.00 - 2.00 Petang ( Pendaftaran )
Tempat : Dewan SMK Anjung Batu
Diharap Guru Pendidikan Islam dapat bawa bersama borang Pendaftaran Keahlian PEKDIS.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Othman Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam.
Lampiran 1 | : | File.PDF |
Lampiran 2 | : | File0001.PDF |
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut telah dilaksanakan sempena Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Baru Daerah Mersing Tahun 2010 seperti butiran berikut :
Tarikh : 23 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi - 12.30 tgh.
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Perantara : PPPD Kurikulum
TAHNIAH KERANA ANDA TERPILIH UNTUK BERTUGAS DI DAERAH YANG HEBAT.
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH PERMATA YANG HEBAT BAGI DAERAH MERSING.
KESANGGUPAN DAN PENGORBANAN TUAN/PUAN AMAT DIHARGAI.
Berikut disertakan bahan sesi berkenaan untuk tindakan tuan seterusnya.
Wassalam.
Lampiran 1 : Sesi_Prof_Guru_Baru_Bil.1_2010.rar
Lampiran 2 : Keterangan_Logo_PPD.rar
Lampiran 3 : Arus.rar
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan yang dijadualkan pada 24 Februari 2010 jam 2.30 petang di PKG Bandar Mersing terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pihak sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman blog ini dan Portal rasmi PPD Mersing.
Sekian untuk makluman tuan.
UPSR 2010 : YPJ AKAN MENAJA PEMBELAJARAN INTERAKTIF SECARA ONLINE ZOOM A KEPADA SEMUA CALON UPSR PROGRAM TUISYEN HIKMAH
Sukacita dimaklumkan, pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah bersetuju untuk menaja Pembelajaran Interaktif secara Online Zoom A kepada semua calon-calon UPSR 2010 bagi semua sekolah-sekolah yang terlibat ( sila rujuk Lampiran 1).
Sehubungan dengan itu, sekiranya calon-calon UPSR tersebut TELAHPUN BERDAFTAR dan MEMPUNYAI akaun Zoom A nya sendiri , maka akaun ZOOM A yang lebih itu BOLEHLAH diagihkan kepada calon-calon UPSR lain yang tidak terlibat dengan Program Tuisyen Hikmah.Sekian makluman awal. Terima Kasih.
Lampiran 1: PROG_TUISYEN_HIKMAH_YPJ_MG_2010.xls
Merujuk perkara di atas, diharapkan pihak sekolah khususnya kepada Guru Penyelaras Zoom A telahpun mengambil inisiatif menggerakkan pembelajaran secara online tersebut dengan membuat pendaftaran pelajar .
Sila hubungi secara terus dengan pihak One-Touch Zoom A untuk tujuan itu.
Satu sesi taklimat khas oleh One Touch Zoom A khusus kepada semua Guru-guru Teras UPSR berkenaan teknik TALIAN HAYAT dan teknik MENJAWAB MUDAH UPSR secara cepat akan diadakan dalam waktu terdekat ini.
Program tersebut adalah tajaan Yayasan Pelajaran Johor ( YPJ). Makluman tentang program akan dimaklumkan setelah ketetapan tarikh dapat dibuat.Sekian makluman awal. Terima Kasih
Sukacita dimaklumkan, pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telahpun memberikan 'lampu hijau' untuk sekolah-sekolah yang telah terpilih ( sila rujuk Lampiran A) untuk memulakan program tuisyen tersebut bermula akhir Februari / awal Mac ini.
2. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak sekolah / Penyelaras Tuisyen Hikmah YPJ adalah dipohon untuk menghantar ( samada via fax, email atau surat ) JADUAL, SENARAI NAMA PELAJAR serta NAMA GURU PENGAJAR kelas-kelas tuisyen tersebut kepada pihak PPD dengan kadar segera.
3. Untuk rujukan tuan/puan, no fax PPD Mersing ialah 07-7991828. Hantaran via email ke alamat azman.yusof@moe.gov.my.
Hantaran melalui surat adalah untuk perhatian : AZMAN BIN YUSOF, Unit Maklumat / ICT, PPD Mersing. Semua maklumat perlu sampai selewat-lewatnya pada 25 Feb. 2010.
4. Makluman-makluman lain / tambahan dari YPJ seperti garis panduan pelaksanaan, kadar elaun serta lain-lain akan dipanjangkan kepada sekolah-sekolah dalam waktu terdekat ini.Sekian makluman awal . Terima Kasih.
Lampiran 1 : PROG_TUISYEN_HIKMAH_YPJ_MG_2010.xls
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
a) ZON BANDAR MERSING, NITAR DAN TENGGAROH
Tarikh : 24 Februari 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Besar SMK Anjung Batu
b) ZON ENDAU
Tarikh : 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Bandar Endau
POTONGAN BUKU MENARIK 10% HINGGA 60%
(termasuk Majalah Dewan)
SELURUH WARGA PENDIDIKAN MERSING DIJEMPUT HADIR
Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput tuan hadir ke program tersebut.
Pihak sekolah juga digalakkan mengadakan sesi lawatan yang melibatkan murid-murid dan guru-guru ke pameran berkenaan. Pihak sekolah juga dibenarkan membuat tempahan buku mengikut keperluan dan peruntukan semasa.
Sehubungan itu juga, tuan diminta menghebahkan perkara ini kepada warga sekolah untuk manfaat bersama.
Kerjasama tuan amat diharapkan dan satu penghormatan bagi kecemerlangan daerah Mersing.
Terima kasih, wassalam.
Lampiran 1 : Surat Hebahan.pdf
Lampiran 2 : Iklan.jpg
Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.
"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” kata beliau.
Penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belara dekat sini melakar sejarah tersendiri apabila 1,707 pelajar sekolah itu menyertai Pertandingan Menulis Surat Untuk Perdana Menteri yang berakhir semalam.
Pengetuanya, Abdullah Mamat berkata, pelajar yang menyertai pertandingan surat itu melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam yang bermula 27 Disember tahun lalu.
Menurut beliau, pertandingan menulis surat itu merupakan idea yang amat baik dan ia menjadi salah satu cara mengasah bakat pelajar untuk menulis karangan.
Baca lagi...
Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.
"Kita masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pelajaran Johor sebelum dapat melakukan sebarang tindakan susulan ke atas guru berkenaan dan kemungkinan laporan penuh akan diperoleh Isnin ini. Sebaik saja kita peroleh secara terperinci, barulah kita dapat mengambil tindakan.
Baca lagi...