Assalamu a’laikum wrth. dan Salam Mahabbah
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan bengkel berkenaan sebagaimana ketetapan berikut :
Masa : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT PPD MERSING
2. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan dapat membenarkan seorang Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) sekolah tuan hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.
3. Sehubungan itu juga, tuan diminta membawa bersama komputer riba dan data mentah pelaksanaan SEGAK bulan Mac serta Data Sistem Maklumat Murid (SMM) terkini semasa menghadiri bengkel tersebut.
4. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Lampiran : Aplikasi SEGAK 030311
Tiada ulasan:
Catat Ulasan