Ahad, 3 April 2011

MESYUARAT JKD SEJARAH DAERAH MERSING BIL. 1/2011

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Mata Pelajaran Sejarah akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 April 2011 (Jumaat)

Masa : 3.00 – 5.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sri Mersing

Sasaran : Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah Sekolah

Pengerusi : Pengetua SMK Sri Mersing

Turut Hadir : Wan Nadzri bin Wan A.Rahman @ Wan Mohamed, PPPD Kurikulum

AGENDA :

a. Ucapan alu-aluan Pengerusi JKD.

b. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.

c. Perkara-perkara berbangkit.

d. Audit Akademik PMR dan SPM 2010

e. Perancangan Program Kecemerlangan 2011

g. Hal-hal lain.

2. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama tuan agar dapat membenarkan Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah sekolah tuan hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

3. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan