Sabtu, 31 Disember 2011

Media : Keputusan guna bahasa Melayu tepat

Sumber : Berita Harian


Sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari depan memilih bahasa Melayu atau dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat. Baca lagi di sini...

PERHATIAN : SESI PERSEKOLAHAN 2012 SEBENARNYA AKAN BERMULA PADA 4 JANUARI 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Dan 3 JANUARI 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Lampiran :
Takwim Penggal Persekolahan 2012
Jadual Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012
Surat Siaran Penggal Persekolahan 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan