Sabtu, 31 Disember 2011

Takziah buat Pn. Fauziah, Mantan GB SK LKTP Tenggaroh 03

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Foto

Dukacitanya dimaklumkan bahawa PN. FAUZIAH, Bekas Guru Besar SK LKTP  Tenggaroh 03 telah kehilangan 2 orang anaknya, dikhuatiri lemas di Pantai Desaru petang tadi.

Tragedi dikhabarkan berlaku antara jam 12.00 tgh - 1.00 petang tadi

1. HAZIEF SUHAIMI (25 TAHUN) - dijumpai lebih kurang jam 6.30 petang (31/12/2011)
2. HAZIM SUHAIMI (20 TAHUN) - dijumpai lebih kurang jam 11.40 pagi (1/1/2012)

Takziah buat Pn. Fauziah dan keluarga. Moga tabah dengan ujian ini. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga  kepada rakan-rakan guru SK LKTP Tenggaroh 03, guru-guru dari Pasir Gudang, ahli keluarga, pasukan Bomba dan Penyelamat serta masyarakat setempat yang turut serta menyertai operasi mencari sejak petang tadi..

Kami mengajak rakan-rakan warga Pendidikan Mersing dan para pengunjung sekalian untuk mendoakan dan membacakan Al-Fatihah buat roh mereka..Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta dirahmati Allah SWT.

Wassalam..

1 ulasan:

  1. "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali". Takziah dan Al-Fatihah dari KEPTAN Cawangan Mersing.

    BalasPadam