* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 4 Mac 2012

Surat Kepada Pengarang : Peruntukan lewat rencat aktiviti sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bapa Prihatin, Seremban” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 21 Februari 2012 – Peruntukan lewat rencat aktiviti sekolah.
 
Pengadu menyatakan bahawa bantuan kerajaan diterima lewat Februari hanyalah 70 atau 75 peratus sahaja yang mengakibatkan pihak sekolah terpaksa menangguhkan banyak program. Pengadu juga ingin mendapatkan penjelasan tentang insurans RM1.50.
 
Penyaluran peruntukan bantuan persekolahan KPM ke sekolah-sekolah telah dilaksanakan bermula 30 Januari sehingga 17 Februari 2012 yang melibatkan tujuh (7) jenis bantuan asas. Namun begitu, bagi sesi persekolahan tahun 2012, terdapat tiga (3) jenis bantuan baru yang telah disalurkan kepada sekolah iaitu Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa/penjaga. Tahun 2012 merupakan tahun permulaan penyaluran bantuan-bantuan khas ke sekolah dan ke JPN, maka terdapat peraturan/tatacara kewangan yang perlu dipatuhi manakala sistem maklumat murid dan sistem pembayaran perlu ditambahbaik terlebih dahulu. Pada masa yang sama, penyaluran tujuh bantuan asas juga perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, proses penyaluran peruntukan ke akaun sekolah mengambil masa yang sedikit panjang disebabkan pertambahan bantuan persekolahan baru.
 
Berhubung isu perlindungan insuran takaful, KPM telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) di mana di dalam perjanjian tersebut telah memperincikan seperti berikut;
 
(a) semua murid di bawah seliaan KPM secara automatik dilindungi oleh insuran selama 24 jam sehari;
(b) tempoh perlindungan adalah sepanjang tahun (1 Januari sehingga 31 Disember 2012);
(c) murid dilindungi insuran sama ada berada di dalam negara dan di luar negara, dan
(d) sekiranya berlaku kelewatan pembayaran premium kepada Takaful Malaysia, perlindungan insuran murid tetap berkuatkuasa mulai bulan Januari tahun semasa.
  
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 komen ::

Catat Ulasan