* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 1 Januari 2017

Hari Pertama 2017

السلام عليكم ورحمة الله
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat kehidupan di dunia ini.
Peluang ini Allah tidak berikan kepada semua orang.
AlHamdulillah, kita adalah antara yang diberi peluang membuka lembaran tahun 2017 pada hari ini.

365 hari tahun 2016 telah berlalu dan hari ini adalah hari pertama untuk 365 hari kedepan ini di tahun 2017.
Pengalaman dan asam garam sepanjang tahun 2016, jadikan ia sebagai pengajaran dan panduan.
Sekiranya ada kebaikan yang telah dibuat, teruskan dan lipat ganda usaha ke arah itu.
Sekiranya ada keburukan, kealpaan dan dosa, masih ada ruang untuk bertaubat dan memperbaikinya.
Lupakan kerenah-kerenah lama. Tiada lagi masa yang dibazirkan untuk mengurus kerenah berbanding menguruskan pendidikan yang sebenarnya@sepatutnya.

Jom kita mulakan hari pertama 2017 ini dengan niat, semangat yang baharu, segala-segalanya yang baharu, penuh kehambaan dan kesyukuran.. Mulakan helaian pertama tahun 2017 ini dengan aroma yang positif dan bermakna untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.
Pangkat, jawatan, gelaran, ilmu, kepakaran, harta, nikmat yang kita kecapi pada hari ini bukan untuk dibangga-banggakan, bukan untuk dilagak-lagakkan, bukan untuk dipertontonkan, bukan untuk dijadikan bahan pameran…. tapi ia datang dengan satu tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan.

Perkara penting dalam menjaga keharmonian organisasi ialah mulakan DARI HATI KE HATI. Keikhlasan hati menjadi satu titik tolak awal yang paling utama dalam mencorakkan halatuju dan kerja buat seterusnya.
Kita bukan lagi hanya bekerja tapi berkhidmat. Berkhidmatlah sehabis daya sementara hidup masih ada.
Jadikan semua yang kita buat di dunia ini sebagai satu ibadah yang pastinya akan menjadi saksi baik atau jahat, juga bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Mulakan dengan satu penerapan di dalam hati bahawa KITA BOLEH TERIMA SEMUA ORANG.
Jauhi kerenah dan luka dalam yang boleh memusnahkan organisasi :

*      AX = S (Asalkan X, semuanya salah)
*      AX = B (Asalkan X, semuanya betul)
*      ASB (Aku Sahaja Betul)
*      PHD (Penyakit Hasad Dengki)
*      ATK (Aku Tak Kisah)
*      Bangau O Bangau (Salahkan orang lain walaupun ianya berpunca drpd kesilapan diri sendiri)
*      Semua sifat mazmumah (terkeji) yang boleh merosakkan diri dan organisasi.

Jadikan budaya ingat-ingat (Tazkirah) ingat-mengingat antara kita sebagai amalan yang positif.
Perkara Sunnah Tabligh dengan memperkasakan sistem penyampaian kita sehingga ke akar umbi. (Cepat-Tepat-Integriti-Ikhlas)
Amalkan khidmat secara berjemaah, bukan silo.
Amalkan ilmu kerana ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah.
……………………….

Sekadar ingatan Takzirah untuk Murabbi (Pendidik) :
-          Ehsan drpd sahabat.
1.       Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua maksiat, iaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
2.       Kepada rakan guru, terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
3.       Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
4.       Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.
5.       Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat doa kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
6.       Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
7.       Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
8.       Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat doa yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
9.       "Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
10.   Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
11.   Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
12.   Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
13.   Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
14.   Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.

Moga Mersing akan terus berada di barisan hadapan..
MERSING HEBAT
_______________

Si Kerdil - Mersing

0 komen ::

Catat Ulasan