* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 12 Julai 2017

PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan:

1. Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.

2. Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;

3. Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda (TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme

Majlis pelancaran pertandingan telah disempurnakan oleh YB. Dato Razali Hj. Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 April 2017 bertempat di Auditorium Perdan Siswa, Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA Malaysia.

Tempoh pertandingan adalah bermula pada 16 April 2017 sehingga 16 Ogos 2017. Caranya cukup mudah. Hanya muat naik gambar atau video anda menunjukkan rasa cintakan Negara dengan tema #negarakumalaysia dan hantarkan kepada @instamerdeka mengikut kategori yang disediakan dan anda berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan hadiah sampingan yang menarik daripada pihak penganjur .

Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan, sila layari http://www.jasa.gov.my .

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1 (Lain-Lain)
 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2 (Lain-Lain)

0 komen ::

Catat Ulasan