* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai Kumpulan Pelaksana untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (TVET), Diploma dan Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Sesi 2018. 

3.         Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat untuk memohon kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP) boleh melayari portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 28 Ogos 2017 sehingga 15 September 2017. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.178/1/5-13 KLT 4(10) bertarikh 21 Ogos 2017.

4.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Semua data yang dikemukakan oleh pemohon perlu disemak dan dipastikan tepat oleh Ketua Jabatan.  Para pemohon perlu diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang tidak tepat dikemukakan kepada Ketua Jabatan/BPSM dan boleh diambil tindakan mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan  dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 

i.              Borang Permohonan (Lampiran A - JPA(L)LDP 1B/96);
ii.            Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B - disediakan oleh BPSM, KPM);
iii.           Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C);
iv.           Salinan SPM bagi pegawai yang memohon pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama; dan
v.            Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga).
     
6.         Permohonan yang dikemukakan tanpa melalui Ketua Jabatan serta dokumen yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan.Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 September 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang kepada:

6.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-8884 7947
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel: 03-8884 7943
Faks: 03-8884 7925

6.2       Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Azalan bin Afendi, Tel: 03-8884 1242
u.p.: Encik Shahrizan bin Ab. Rahim, Tel: 03-8884 1385
u.p.: Puan Hanafiah binti Hussin, Tel: 03-8884 1228
Faks: 03-8884 1274

0 komen ::

Catat Ulasan