* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 5 Ogos 2017

PERKONGSIAN PROFESIONAL, KEJAYAAN, KEBITARAAN DAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN

u.p. Semua Pegawai, Pengetua, Guru Besar dan Pemimpin Pelapis Pend. Mersing
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

PERKONGSIAN PROFESIONAL, KEJAYAAN, KEBITARAAN DAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN

Al-Hamdulillah, kami merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah turut serta mengimarahkan budaya perkongsian ilmu dalam rangkaian media penyampaian Pendidikan Mersing di Telegram PGB@PPD Mersing, Telegram Pemimpin Pelapis Mersing dan Telegram Mersing Hebat selain blog Mersing Hebat, Portal Rasmi PPD Mersing serta Facebook Mersing Hebat.

Kami percaya bahawa perkongsian turut berlaku dalam media yang lain dalam kelompok kecil tertentu bagi menyokong kepada usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakal).
Kami amat menghargainya.
Semua itu tidak lari daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kami melihat ada berlaku kesesakan dan pertindihan hebahan berupa arahan, tindakan, maklumbalas, perkongsian kejayaan, amalan terbaik serta kebitaraan sekolah yang mungkin berlaku pada ketika puncak penggunaan media telegram PGB@PPD Mersing dan Telegram Pepimpin Pelapis Mersing. Paling ketara berlaku dalam group PGB@PPD Mersing.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan kesesakan tersebut dan mewujudkan pembezaan fungsinya, kami menetapkan bahawa penggunaan telegram PGB@PPD Mersing dan Pemimpin Pelapis Mersing hanya difokuskan kepada hebahan berupa arahan, tindakan, maklumbalas dan perbincangan kelompok kecil sahaja, manakala perkongsian lain seperti kejayaan, amalan terbaik serta kebitaraan sekolah elemen peningkatan profesional pendidikan boleh dibuat dalam group telegram Mersing Hebat.

Sehubungan itu juga, kami mengharapkan semua pihak dapat mempertingkatkan nilai kesegaraan dan kecaknaan serta menjadikan rangkaian media komunikasi ini sebagai satu wadah yang positif bagi menyahut seruan sunnah Tabligh yang telah praktikkan oleh baginda Ar-Rasul SAW.  Semua itu perlu berasaskan kepada Siddiq, Amanah dan Fathonah…

Wassalam.

IbnM
#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasiMengurangkanKuasaDominasi

0 komen ::

Catat Ulasan