Bertema 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Rakyat Menuju TN50' #Bajet2018 mengemukakan lapan tunjang utama mencakupi setiap aspek keperluan rakyat dan negara.
Penambah baikan dan Penyelenggaraan Sekolah
Pembinaan pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah & menengah dan kolej
vokasional serta matrikulasi: (RM654j)
Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah: (RM550j)
Bantuan Persekolahan
Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan: (RM2.9b)
Bantuan persekolahan RM100 seorang: (RM328j)
Pembiayaan Pengajian Tinggi PTPTN
Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman
Diskaun 10% untuk bayaran 50 % daripada baki hutang sekali bayaran
Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji
Menaikkan jumlah pinjaman maksimum pelajar keluarga B40: (RM200j)
Grace period pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan
Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M)
Geran sepadan sehingga RM500 kepada pencarum: (RM250j)
Pelepasan cukai pendapatan individu bagi SSP1M selama 3 tahun
Pendidikan untuk Generasi TN50 – RM250j
Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Mempertingkatkan modul Computer Science yang termasuk program Coding
Menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 bagi
meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif: (RM190j)
Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.
Di sudut ini, 550 juta ringgit diperuntukkan dengan pecahan berikut:
• Sekolah Kebangsaan - 250 juta ringgit;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - 50 juta ringgit;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil - 50 juta ringgit;
• Sekolah Mubaligh - 50 juta ringgit;
• Sekolah Berasrama Penuh - 50 juta ringgit;
• Maktab Rendah Sains MARA - 50 juta ringgit; dan
• Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - 50 juta ringgit.
Membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunakan IBS: (RM2.5b)
Memartabat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Institusi TVET di bawah 7 Kementerian dijenamakan TVET Malaysia
Pelan Induk TVET Malaysia: (RM4.9b)
Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET: (RM4.5j)
Memartabat Pendidikan Tinggi
Biasiswa- RM2.2b;
Geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA: (RM400j)
Bantuan baucar buku bernilai RM250
MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran: (RM90j)
Kerjaya dan Bakat TN50
Program perantis dan temuduga terbuka di bawah SL1M: (RM40j)
Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M
Pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC
Program National Leaders Circle untuk pengisian jawatan penting dan tertinggi
Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam
Kenaikan pangkat time-based kali 2 bagi kump. pelaksana untuk tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.
Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan
seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib;
Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun
persaraan.
Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari
kepada 10 hari setahun.
Kemudahan 7 hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
Tambahan satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas (telah diwartakan 4 tahun) diberi kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan Waktu Kerja Fleksi
Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam (bekerja di lokasi sama)
Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari (max 90 hari setahun);
Kursus Sarjana & PhD secara in-house
Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1,000 melibatkan lebih 50 ribu pesara
awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
Perluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara
Bayaran Khas RM1,500 kepada penjawat awam
Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.
GST : Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan.
Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017.
Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz, diperuntukkan 50 juta ringgit kepada GiatMara bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem
pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.
Selain itu, bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahiran, Skim Latihan Kemahiran GiatMara akan diperkenalkan.
Penutup :
Bayaran khas sebanyak 1,500 ringgit kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada awal Januari 2018, dan 500 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan.
Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak 750 ringgit, iaitu 500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan 250 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Lampiran :
0 komen ::
Catat Ulasan