Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-12 2018 - 12/1/2018
24 Rabiul Akhir 1439H
Al-Hamdulillah.. Apa khabar semua?
Maaf kerana agak lewat menghebahkan perkongsian titik positif hari
ini.. Jumaat, Penghulu segala hari.
Sucikanlah hati kita …
Imam al-Ghazali berpesan:
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun
membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika
mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur
mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta
hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai
hati!"
Carilah hati, betulkan dan sucikan rohaninya. Hati juga ada
penyakit…
Sebenarnya MATA boleh bertindak balas
dengan keadaan hati.
Macam mana tu?
a) Mata menjadi merah
: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan
badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur
: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang
berlaku.
c) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan
mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan
kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
Positifnya … setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan musabbahnya.
Qada’ dan Qadar …itu yang pasti.
Mata anugerah Allah…begitu juga hati.
Jihad yang paling utama bermula di hati.
Jihad yang paling utama bermula di hati.
#MersingHebat
#TindakanSeAlimKata
0 komen ::
Catat Ulasan