Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE LAPAN 2018 - 8/1/2018
20 Rabiul Akhir 1439H
Al-Hamdulillah…antara kaedah untuk kekalkan aura positif
dalam diri kita ialah lestarikan sangka baik…jauhi buruk sangka.. Latih hati
supaya senang hati..
Petua Senang Hati :
- Latih
hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah SWT.
- Latih
hati sentiasa ingat, Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita
diumpat.
- Latih
hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharapkan
manusia.
- Latih
hati sentiasa bersyukur dengan nikmat daripada Allah SWT.
- Latih
hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun
daripada Allah SWT.
- Latih hati sentiasa yakin bahawa Allah bersama-sama kita…sentiasa perhatikan kita dan sentiasa menjaga kita.
#MersingHebat
0 komen ::
Catat Ulasan