* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 9 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-129 2018 9 Mei 2018

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-129 2018
9 Mei 2018
23 Syaaban 1439H

Rabu


PILIHAN DI TANGAN KITA
HIDAYAH MILIK YANG MAHA ESA

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya mendapat kebaikan sepertimana yang dia sendiri menyukainya”.
(Riwayat Bukhari No: 12 Hadis Sahih)

1.  Ukhuwwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

3.  Ibn Qayyim menyatakan :
a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain.
b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.

4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah. Langkah strategik Baginda ini demi memastikan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang maju dan makmur.

5.  Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

Hari ini,  kita akan membuat pilihan bagi menentukan kepimpinan negara dalam sistem demokrasi negara kita.
Kenali diri kita terlebih dahulu,  kembalikan yang asas... Iaitu siapa kita sebenarnya?  Siapa yang menjadikan kita?  Kenapa kita dihantar ke dunia ini?
Semak peranan dalam amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Buatlah pilihan dengan bijak. Jadikan perkara yang lepas dan sedang berlaku sebagai bahan untuk bermuhasabah.
Mintalah petunjuk daripada Allah SWT.
Utamakan yang beragama dan menghayati agamanya.
Utamakan organisasi yang boleh membawa kita menjadi sebuah negara yang diberkati, diredai..
Ciri-ciri kepimpinan dan dasar yang dibawa menjadi kayu ukur yang releven sebagai asas kepada satu pilihan.

PRU ke 14 hari ini .
Keputusannya akan diketahui selepas pengundian dan pengiraan tamat. Yang menang kita ucapkan tahniah dan syabas. Selamat mengemudi Negara menuju Negara Rahmah. Yang kalah bukan bermakna agenda mengisi kesejahteraan dan kegemilangan Negara telah tamat.  Marilah kita pertautkan kembali kasih sayang dan ukhuwwah. Buang jauh-jauh perselisihan dan perbezaan yang ada. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkasih sayang.  Mari kita bina  Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah.
Bersama Membina Negara Rahmah.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan