* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 26 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-146 2018 26 Mei 2018

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-146 2018
26 Mei 2018
10 Ramadan 1439H

Sabtu

LURUSKAN LIDAH


Lidah adalah satu anggota manusia yang tidak bertulang namun ianya lebih tajam daripada mata pedang. Dengan lidahlah maka lahirnya tutur kata yang baik dan buruk.

" Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut badan binasa."
" Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Iman seseorang hamba Allah SWT tidak akan lurus sebelum lurus hatinya.
Dan.... hatinya tidak akan lurus sehinggalah lurus lidahnya.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jadi.. marilah kita membentuk diri kita agar sentiasa bercakap perkara yang benar. Latihkan dengan jujur dalam bertutur.

Pengajaran :
- Berhati-hati dengan lidah...
- Lidah adalah salah satu anggota badan yang berbahaya jika tidak dikawal dan dijaga.
- Berfikir sebelum bercakap...
- Diam adalah lebih baik dari berkata menyakitkan hati orang. 
- Makin banyak cakap, makin banyak salahnya... Jadi cakap apa yang perlu...dan tidak sia-sia.


#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

0 komen ::

Catat Ulasan