* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 11 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 223/365 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 223/365 2019
11 Ogos 2019M
10 Zulhijjah 1440H
Ahad

Cepat melatah dan meletakkan persepsi awal yang negatif bukan satu fantasi.

Hal ini sering berlaku hatta kita sendiri. Mungkinkah kerana kita telah terbiasa dengan perangai begitu?
Lintasan awal yang bermain dalam kepala kita biasanya suka menyalahkan orang lain atau menuding kepada pihak lain. Jarang sekali kita melihat ianya terkena kepada diri kita sendiri (MyselfMy Action), namun sebaliknya menghalakan kepada orang lain (Your Action, His Action, Her Action dan sebagainya).
Bila terjumpa karenah manusia yang buruk, kita cepat melatah mengata itu dan ini hal orang lain. Kadang-kadang untuk lebih menarik, kita menambah dengan cerita rekaan atau informasi yang belum pasti. Jarang sekali kita menerimanya sebagai satu peringatan Allah SWT bahawa sikap yang sama juga ada dalam diri kita.

Bila mana kita mendengar sesuatu pendapat yang mungkin janggal pada kita, sebaiknya kita berfikir sejenak, mungkin pendapat tersebut ada kebenarannya. Bukan terus menolaknya dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak pasti.
Harus diingat... walaupun kita mengetahui satu perkara, ianya tidak bermakna kita tahu semua perkara. Pengetahuan dan pemikiran kita adalah terhad. Allah SWT menganugerahkan ilmu, kemahiran dan kebijaksanaan hanya kepada mereka yang terpilih sahaja. Tidak semua perkara Allah SWT berikan kepada kita. Ada insan lain yang pada pilihan Allah, mereka lebih berhak.
Sedarilah bahawa kebaikan bukan untuk kita sahaja. Kita juga terdedah kepada karenah dan sikap yang buruk. Cubalah bersikap waras dalam mengemudi diri kita di celah kebaikan dan keburukan diri sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan