Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 232/365 2019
20 Ogos 2019M
19 Zulhijjah 1440H
Selasa
BS = TBS
Buat Salah, Tak Buat Salah
Kadang-kadang kita keliru bila berlaku konflik BS = TBS. Hal ini timbul bila tiada kesefahaman dalam sesebuah organisasi atau jemaah.
Masing-masing ada mempunyai kefahaman sendiri yang belum menemui titik persamaan.
Ekspektasi baik dibalas baik, jahat dibalas jahat tidak relevan lagi di zaman ini.
Berhati-hatilah mengambil sudut pandang saat membuat pelbagai persepsi atau andaian.
Jauhilah kebiasaan membanding-bandingkan dan menyalahkan orang lain kerana ia boleh memupuk rasa ego, juga dengki dalam diri.
Bersyukurlah dengan sudut pandang yang positif dan hormatilah keputusan organisasi.
Hargailah sahabat kita kerana mereka bukan seperti baju yang dipakai bila diperlukan dan ditukar bila tidak mahu. Tetapi mereka umpama darah yang dihargai di saat adanya, dan tercari-cari di saat ketiadaannya.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan