* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 23 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 235/365 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 235/365 2019
23 Ogos 2019M
22 Zulhijjah 1440H
Jumaat

Berjaya Setiap Hari


Kita melalui kehidupan masing-masing setiap hari tanpa henti. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Suka atau tidak, kita perlu ikut perubahan hari demi hari tanpa mengundur ke belakang.
Kita akan berjaya bila membaca atau mencari maklumat baharu dan dikongsikan setiap hari.
Kita akan berjaya bila memberi pujian.
Kita akan berjaya bila kita menerima perubahan.
Kita akan berjaya bila memaafkan orang lain.
Kita akan berjaya bila bercakap dan menulis dengan idea-idea.
Kita akan berjaya bila terus belajar.
Kita akan berjaya bila bertanggungjawab atas kegagalan atau kesilapan.
Kita akan berjaya bila bersyukur.
Kita akan berjaya bila mempunyai matlamat dan terus membina kehidupan yang lebih baik.
Kita akan berjaya bila menganggap hasil kerja orang lain yang lebih baik sebagai cabaran untuk membina potensi diri yang terbaik.

Kita tidak akan berjaya sekiranya sentiasa mengutamakan hiburan.
Kita tidak akan berjaya dengan mengkritik hasil kerja dan karya orang lain sedangkan diri sendiri tidak membuat sesuatu yang lebih baik.
Kita tidak akan berjaya sekiranya takut kepada perubahan dan melawan arus.
Kita tidak akan berjaya sekiranya hanya asyik bercakap tentang orang lain.
Kita tidak akan berjaya sekiranya beranggapan kita tahu segalanya.
Kita tidak akan berjaya sekiranya suka menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.
Kita tidak akan berjaya sekiranya mempunyai sikap cemburu buta.
Kita tidak akan berjaya sekiranya tidak ada matlamat hidup atau organisasi.

JADIKANLAH HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan