Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 239/365 2019
27 Ogos 2019M
26 Zulhijjah 1440H
Selasa
REAKSI TIDAK BERKENAN
Reaksi pertama sebelum atau semasa kita berkomunikasi lahir daripada hati kita yang sebenar. Ianya mungkin dipengaruhi oleh kebiasaan watak dan karektor diri masing-masing.
Kiranya kita terbiasa berfikiran negatif, maka negatiflah reaksi awal kita.
Kiranya kotor hati kita, maka buruklah persembahan kita. Adat akalnya begitu.
Reaksi awal ini boleh dilihat pada bahasa mata, wajah, badan dan tindakan sepontan orang di depan kita.
Kita mampu membezakan antara penerimaan dan penolakan. Ianya berlaku secara spontan, serta merta dan tidak semua orang mampu menutupnya.
Penerimaan dan penolakan ini perlu diuruskan dengan baik tanpa beremosi.
Apapun posisi kita, sudah tentu banyak berhadapan dengan situasi tersebut. Hadapilah situasi tersebut dengan berhikmah.
Dua saat pertama penampilan dan karektor kita semasa berhadapan dengan orang lain amat penting. Penerimaan atau penolakan di permulaan akan mempengaruhi hubungan atau penyampaian seterusnya.
Mereka yang suka mencari kesalahan orang lain, biasanya kehidupan peribadinya tidak seceria orang lain. Janganlah menyimpan kekecewaan atau sakit hati dalam diri kita kerana Allah SWT tidak menyukainya.
Binalah karektor yang positif kerana kita sentiasa berhadapan dengan manusia yang mempunyai emosi dan perasaan. Latihlah cara pandang kita kepada orang lain.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan