* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................

YAB Tun Dr Mahathir telah melancarkan Majlis Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan. Pendidikan Sivik telah KPM laksanakan secara menyeluruh bermula Jun yang lalu di semua sekolah.

Untuk pengetahuan ramai, Pendidikan Sivik dijalankan melalui dua kaedah. Dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

Di dalam bilik darjah, Pendidikan Sivik diterapkan melalui 5 subjek. Manakala di luar bilik darjah pula, pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan pendidikan sivik dapat dipraktikkan.

Di penghujungnya, kita mahu melahirkan warganegara yang tahu ilmu kewarganegaraan, yang cintakan negara dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara.

Infografik ini dapat membantu menjelaskan kaedah pelaksanaan Pendidikan Sivik di peringkat sekolah.
..............................

Pendidikan sivik merupakan asas terpenting dalam usaha kita membentuk warga yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Sesebuah negara akan melalui era gelap, jika aspek sivik tidak diberikan perhatian.

Pendidikan sivik dilaksanakan bagi membentuk perwatakan murid dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai penting iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, kebertanggungjawaban, kegembiraan, amanah, rajin dan berdisiplin.

Sehubungan itu, pada hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengumumkan satu inisiatif penting untuk melaksanakan pendidikan sivik secara bersepadu dan menyeluruh melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai program sekolah yang lain bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mulai Jun 2019.

Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini dapat berjalan dengan baik, KPM telah mengambil langkah melaksanakannya melalui dua kaedah iaitu literasi sivik dan amali sivik.

Aspek literasi sivik ini akan dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan. Pendidikan sivik juga diajar kepada anak-anak di prasekolah selamat 30 minit.

Amali sivik pula bakal memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan sivik secara praktikal melalui pelaksanaan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan program sekolah lain. Hal ini juga terpakai untuk anak-anak di prasekolah.

Bagi memastikan pelaksanaan usaha murni ini berjalan seperti yang dihasratkan, KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar untuk kurikulum, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam kokurikulum.

Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan ini sebagai asas untuk menggerakan pengajaran sivik, namun dalam masa sama KPM sentiasa terbuka untuk guru-guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu. 

KPM amat mengharapkan pembudayaan pendidikan sivik ini menerima sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat.

Inisiatif ini disasarkan mampu membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

Dr. Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

"WACANA ILMU : PENDIDIKAN SIVIK MILIK SIAPA?" on YouTube

0 komen ::

Catat Ulasan