* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 4 September 2019

TITIK POSITIF HARI 247 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 247 2019
4 Sept. 2019M
4 Muharram 1441H
Rabu

PENGHORMATAN YANG SIA-SIA

Rugilah seorang yang menghormati orang lain hanya kerana harta kekayaannya.

Rugilah seorang yang menghormati orang lain hanya kerana pangkatnya.
Rugilah seorang yang menghormati orang lain hanya kerana gayanya.
Rugilah seorang yang menghormati orang lain bukan kerana ilmu, budi, sahsiah, pekerti dan agamanya.
Hormatilah orang lain kerana kuasa ubahnya yang boleh membawa kita kepada keadaan yang lebih baik.
Kadang-kadang kita terpedaya - Ghurur. Iaitu bersangka baik pada yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya ia bertentangan.
Berhati-hatilah agar kita tidak terpedaya dengan penampilan luaran semata-mata.
Jadilah orang yang betul-betul baik, bukan baik yang dibuat-buat.
Elakkan daripada hanya nampak kita sahaja yang baik atau kita sahaja yang betul atau sentiasa betul.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"
"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".  (Al-Kahf: 103 & 104)

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. 

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan