Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 250 2019
7 Sept. 2019M
7 Muharram 1441H
Sabtu
Kagum memakan diri
"Seandainya perkataan setiap orang jujur dan amalannya baik, ia juga boleh menjadi seorang yang sangat rugi. Iaitu ketika ia merasa KAGUM dengan dirinya sendiri"
-Imam Hassan Al-Basri Rahimahullah Taala-
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri adalah yang terbaik.
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri baik walaupun setiap hari menasihati dan memberikan peringatan (tazkirah).
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri baik walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat dan dakwah.
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri baik walaupun banyak kebaikan yang telah kita lakukan.
Bagi mengimbangi hati supaya tidak terus meninggi ... berbisiklah kepada diri sendiri ...
"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik daripada aku kerana isi hati manusia hanya diketahui oleh Allah SWT."
"Akulah yang paling buruk dalam kalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu orang lain untuk menjadi lebih baik, kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya."
Tidak merasakan diri sebagai orang baik hendaklah ada sehingga akhir hayat.
Beristighfarlah saban masa.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan