Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 254 2019
11 Sept. 2019M
11 Muharram 1441H
RabuIktibar Daripada Sejarah
Bina Personaliti Baharu
Sejarah mengajar kita,
Menjadi lebih dewasa,
Meniti arus angkara,
Lupakan kisah yang lalu.
(Ramli Sarip)
Doa kita untuk cipta sejarah yang baharu.
Lupakan sejarah buruk dan binalah sejarah hidup yang lebih baik.
Binalah personaliti yang terbaik.
- Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain kerana kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui.
- Jangan berfikir negatif di luar kawalan kita.
- Lalui kehidupan kita secara positif.
- Jangan bekerja terlalu keras sehingga melangkaui batas kemampuan kita.
- Jangan memaksa diri untuk selalu sempurna kerana tidak ada seorangpun manusia yang sempurna.
- Jangan membuang waktu kita dengan gosip atau andaian yang sia-sia.
- Bermimpilah di saat kita bangun, bukan saat kita tertidur.
- Buanglah perasaan iri hati, kerana kita telah memiliki apa yang kita inginkan.
- Lupakan masa lalu, jangan mengungkit kesalahan orang lain kerana ianya akan merosakan kebahagian dan keharmonian kita pada saat ini.
- Hidup kita terlalu singkat untuk membenci sesiapapun.
- Berdamailah dengan masa lalu kita agar ia tidak mengganggu kita pada hari ini.
- Tidak ada seorangpun yang bertanggungjawab atas kebahagiaan kita kecuali kita sendiri.
- Sedarilah bahawa hidup ini adalah umpama sekolah, dan kita sebagai murid. Masalah adalah sebahagian kurikulumnya dan pelajarannya yang kita dapat bertahan bersama kita sepanjang hidup.
- Senyumlah dan bergembiralah.
- Kita tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.
- Ciptalah sedekah dengan personaliti yang baik.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan