Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 270 2019
27 Sept. 2019M
27 Muharram 1441H
Jumaat
Membetulkan Bukan Menghukum
“Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Menegur jangan sampai menghina,
Mendidik jangan sampai memaki,
Meminta jangan sampai memaksa,
Memberi jangan sampai mengungkit.
5 Langkah Teguran :
1) Menyampaikan nasihat - memberi nasihat dengan kasih sayang dan ikhlas merupakan langkah pertama sebelum yang lain-lain.
2) Memberi kesedaran - membantu supaya sedar akan kesan buruk kesalahan yang dilakukan.
3) Peringatan keras/kecam - dilakukan sekiranya teguran secara lisan atau tunjuk tingkah laku atau lainya tidak berkesan.
4) Peringatan dengan kuasa sah dan kuasa paksaan - teguran ini boleh dilakukan dengan penguatkuasaan.
5) Doa yang berterusan
Kebijaksanaan dalam menegur sentiasa memenangi hati manusia berbanding menggunakan kaedah kekerasan dalam melakukan teguran. Teguran jauh sekali untuk mengundang rasa sakit hati terhadap mereka yang kita tegur dan bukanlah instrumen untuk memalukan seseorang.

Dahulukanlah kebijaksanaan dan rasional dalam menegur, dan berhenti memberi keutamaan kepada emosi.
Diceritakan cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin ada menyaksikan seorang tua yang berwuduk secara yang tidak betul. Dengan bijaknya mereka cuba mencari penyelesaian untuk menegur orang tua tersebut supaya orang tua itu tidak berkecil hati atau terasa malu. Lantas mereka memanggil orang tua tersebut dan meminta tolong agar dia menilai cara berwuduk mereka berdua, mana yang salah dan mana yang betul. Selepas melihat cara berwuduk kedua-dua cucu Rasulullah SAW itu, orang tua tersebut sedar akan kesilapannya dan berkata,”Kamu berdua tidak salah. Kedua-duanya betul”. Dalam hatinya beliau berkata “cara aku yang salah rupa-rupanya”.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan